Utusan Malaysia - 06 November 2008
Bayi tercomel Johnson
Acara bayi paling berprestij telah berakhir baru-baru ini dengan bayi berumur 22 bulan, Leo Cheng Kai Ven dimahkota sebagai Johnson's Baby 'Baby of the Year 2008'. Si comel Leo yang berasal dari Sabah berjaya menawan hati para pengadil dan hadirin dengan pertunjukan yang menarik dan mencuit hati ketika sesi perarakan bayi.
Yeshwa Raam, 14 bulan dari Pulau Pinang pula telah membanggakan ibu bapanya dengan memenangi tempat kedua, manakala Nur Aisyah Zahirah Mohd. Azlan, 11 bulan, memenangi tempat ketiga.
Si manja Leo telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM15 000; muncul di pelbagai majalah keibubapaan; patung mainan maskot Olimpik Beijing 2008 dan hamper produk Johnson's Baby bernilai RM1,500.
Si kecil Yeshwa dan Nur Aisyah masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai RM8,000 dan RM5,000. Mereka juga menerima patung mainan maskot Olimpik Beijing 2008 dan masing-masing menerima hamper produk Johnson's Baby bernilai RM1,000 dan RM750.
Terdapat tujuh hadiah sagu hati dan sepuluh hadiah separuh akhir. Setiap pemenang hadiah saguhati menerima hadiah berupa wang tunai RM1,000; patung mainan maskot Olimpik Beijing 2008; dan hamper produk Johnson's Baby bernilai RM200, manakala semua peserta separuh akhir menerima hadiah berupa wang tunai RM200; patung mainan maskot Olimpik Beijing 2008 dan hamper produk Johnson's Baby bernilai RM150.
Ketiga-tiga pemenang peraduan tahun ini juga turut membawa pulang pingat emas bernilai RM1,000 setiap satu, bersesuaian dengan tema pertandingan ini, iaitu Sukan Olimpik.
Pengarah Urusan Johnson & Johnson, Joyce Lee berkata, pertandingan yang diadakan setiap tahun untuk mencari bayi yang paling comel dan sihat di Malaysia telah menjangkau usia 16 tahun. Pertandingan tahun ini bagi meraikan hubungan ibu bapa dan cahayamata mereka dalam semangat Olimpik.
Sebagai rakan sekutu untuk Sukan Olimpik 2008 Beijing, Johnson & Johnson memahami peranan ibu bapa dalam membesarkan permata hati mereka dan hubungan erat antara ibu dan bayi yang terjalin menerusi penjagaan dan kasih sayang,” katanya.
Tahun ini, tambahnya, pertandingan Johnson's Baby 'Baby of the Year' 2008 telah menerima penyertaan gambar sebanyak 12,100 keping, di mana 20 daripadanya dipilih untuk bertanding di pusingan separuh akhir dan 10 daripadanya layak ke pusingan akhir.
“Peserta dinilai berdasarkan kesihatan fizikal dan penampilan mereka, juga melalui tahap perkembangan mental dan sosial mengikut umur masing-masing.
“Manakala pada pusing akhir, pemenang ditentukan dengan personaliti peserta atas pentas yang peserta perlu menonjolkan ‘daya tarikan’ dengan peragaan pentas atau dengan peragaan merangkak,” jelas beliau. |